Catatan Peribadi Mendaki Di Transcecil
Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur berjumpa lagi kita kat
laman yang bersawang ni. Kali ni saya nak kongsi kisah best best ja sepanjang
ekspedisi trancecil ni.
Trans ni melibatkan tiga puncak gunung iaitu Gunung
Penelope
(1838M), Gunung Cecil (1768M) dan yang terakhir gunung Swettenham (1961M).
|
Sedikit gambaran Distance perjalanan Trans ini by Wikiloc |
Kami satu team bergerak dari Penang pada 26/10/18 dan
bermalam gitu2 ja di halaman Masjid kampong Raja. Pada Keesokkan harinya
selesai solat Subuh kami bergerak ke sekolah keb Kg Raja untuk bersiap sedia. Kami bergerak ke starting point yang terletak di kawasan kebun di kampong raja dengan powil
abang Fauzi. Pendakian dimulakan dengan sedikit briefing,
panaskan badan dan bacaan doa. Tepat pukul 8.50 kami mula bergerak
secara beramai2 ke puncak yang pertama iaitu Puncak Penelope.
Puncak Penelope berketinggian 1838M. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai. Treknya menaik sahaja. Tiada yang landai. Saya sampai ke Penelope pada pukul 10.00.
ada juga kawan2 yang sudah sampai awal dekat situ.
|
Trek starting ke Penelope |
|
Puncak Penelope |
Selesai sesi bergambar., sasaran puncak seterusnya adalah
gunung Cecil. Sebenarnya jarak puncak Penelope ke Cecil ni
dekat sahaja dan treknya menurun dan menaik serta licin. Kami regroup di
kawasan lembah. Masa ni kami
boleh gelak kukik kukik lagi. Asal jumpa pokok cantik ja mula la posing. Jalan
punya jalan akhirnya kami sampai ke puncak Cecil tepat pukul 11.55. As
usual,snap gambaq la buat kenangan. Rupanya kami telah awal 2 jam dari
tentative. So di sini kami target untuk camping di kem Swettenham untuk mngelak
memikol air company dan juga personal sekiranya kami bermalam di kem border
OGKL (seperti dalam tentative).
|
Puncak Cecil |
Mula bergerak dari dar cecil Pukul 12.17 menuju ke Kem
Boarder OGKL. Di sini bermulalah pengalaman yang best best tu. Trek best gilak.
Menaik dan menurun beberapa kali.. menyusuri lembah. Trek kat sini memang
licin. Pendakian memerlukan penggunaan otak 100%. Mana nak pijak, mana nak
pegang. Semua di ambil kira. Bagi line up yang duduk belakang munngkin terpaksa
menggunakan punggong untuk gelongsor sebab trek dah bersih helokkkkk di sapu
orang depan. Salah pijak memang tertomoih. Trek bulat2 katanya..hahaha. ada juga part yang mana seorang kena tarik kita manakala kawan belakang kena tolak. Gara2 nak langkah banir pokok besar tu.
Kami berhenti di satu anak sungai untuk lunch pada pukul
12.50. Rancangan asal nak lunch di simpang X tapi kami dah terlebih masa. Jadi
kami mengikut arahan jurupandu untuk lunch dahulu. Oh sebelum tu..masa dok
lawan gelongsor tu hujan turun dengan lebat. So bayangkan lahhh licin tu macam
mana.
|
Berhenti lunch di satu anak sungai. |
|
Ni la trek yang boleh jadi bulat2 tu :) |
Selesai lunch mula menapak naik turun naik turun lagi.
Regroup di simpang X pukul 3.09. Tapi saya cukup terkesan dengan trek start dat
LWP ke kem OGKL tu. Mak aihhhh..licin dan pacak 80% kot. Satu satu atur
langkah. Dan akhirnya sampai kem OGKL pukul 4.34pm. Berehat seketika sambil tunggu kawan2 yang
lain.
|
Dinamakan Kem Boarder sebab terletak di sempadan Pahang Kelantan dan Team OGKL merupakan team yang membuka laluan ni |
Pejalanan dari Kem OGKL ke kem Swettenham berjalan Lancar. Menyelusuri sepadan Pahang Kelantan. Trek yang agak landai dan sekali
sekala naik turun juga. Cabaran kami masa tu hujan turun dengan lebat sekali.
Memang lencun. Alhamdulillah kami sampai ke kem Swettenham pukul 6 petang. Dekat
kem ni ada sumber air. Tapi terpaksa turun cerun jugak la. Dan airnya takda la
mewah macam nak berendam ramai2 tu. Cukupla untuk masak dan kegunaan lain.
Sampai kem mula salin baju kering sebab sejuk sangat time tu. Lepas hujan kan.
Masing2 mula sibuk siapkan hotel mewah masing2. Bagi gogo depa dah ketung
ketang memasak. Nah … akhirnya dinner kami nasi tomato. Sedap gilak.. Tengah
lapar pulak tu. Kat kem ni takda line tenet okkkk…so xtvt membawang ja la yang boleh buat.
|
Kawasan Kem Swettenham |
|
Menu makan malam kami |
|
Group Photo sebelum balik di kem Swettenham. |
Malam tu semua tido awal. Pukul
4 pagi Guide dah gerak. Kawan2!!! Bangun!!! Bangun!!. Kita akan ke
puncak Swettenham. So pakat bangun,, Packing apa yang patut2.. Sebelum kepuncak
sarapan dulu. Kali ni roti canai sama capati plakkk.. cicah kuah
sardine..yummmehhh.. Tepat pukul 6.05 gerak ke puncak yang jaraknya lebih kurang 1.2KM. Tiba di puncak Swettenham pukul 7.30 pagi (28/10/18).
Akhir sekali Perjalanan untuk pulang pula kami bergerak dari
kem pukul 10.30 am dari kem.. perjalanan kali ni memang santai. Bukan melalui jalan yang
sama 100%. Tak perlu melalui kem Boarder lagi. Start dari simpang ke Lojing tu agak senang treknya. Leh lari2 anak
ayam itik kat situ…hehe. Kalau ada rintangan tu sikit2 ja la. Trek pun bersih. kami regroup untuk lunch juga.
Pukul 1.50pm sampai di kawasan kebun tempat penamatnya trans
ini. Dari kebun menapak la lagi ikut tar sampai la ke kedai makan yang
berhadapan masjid Lojing. Sekian…..
|
Halangan terakhir kena turun bukit ni ja. 90 darjah gak la. |
|
Keluar ja dari kawasan hutan..Nahhh di sambut view ni..Amacam? |
|
Terpaksa menapak lagi sampai la ke jalan besar. kata guide dalam 10 minit jalan kaki. Tapi bagi ai...aiyoooo |
Terima Kasih Guide Ainol – Boleh hubungi beliau di untuk
perkhidmatan kelas pertama beliau di 0175217739
GOGO merangkap orang dapoq Oya, Sukri kamis dan tanglong yang jaga makan
minum kami
Jass omar yang mengumpul jentera2 hebat Trancecil ni
Lineup2/kawan2 yang supportive. Yang mengeroh.. yang asik terpijak katak,
yang jadi alarm clock. Yang pendiam, yang loqlaq, yang baik hati. All in one.
Sangat complete each other.
DAN Special thank to HANA AHMAD yang beri peluang untuk ganti
beliau ke trip ni. TQ so much. Tanpa peluang ni saya takkan merasai semua ni.
TERIMA KASIH ALLAH.