Assalamualaikum... Ha lamanya tak update blog ni. Dah nampak bersawang. kali ni saya nak cerita sikit pasal pengalaman mendaki
Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Negeri Perak. Gunung Semanggol terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol dan ketinggiannya adalah 390m sahaja.
Sesungguhnya pemandangan di atas Gunung Semanggol adalah menakjubkan yang meliputi 360 darjah. Dari puncak anda boleh melihat Bukit Merah laketown, Bukit Larut, dan pemandangan sawah padi terbentang luas.
 |
Boleh google map Masjid An-nur. Nampak tak Puncak G. Semanggol yang comel tu. Hijau jeeeerrr. |
kami bergerak dari hentian RNR Juru lebih kurang Pukul 3.30 pagi. Melalui Highway dan exit tol Bukit Merah. Lebih Kurang pukul 4.30 pagi sampai di starting point iaitu di Masjid An-Nur kampung Bukit Semanggol. Sebelum tu selepas exit tol tu kita kami akan melalui jalan kampung dan banyak binatang liar yang akan melintas tanpa menoleh kiri dan kanan.
Dinasihatkan rakan2 yang menggunakan jalan tu agar berhati2 kerana salah seorang rakan dah mengalami situasi terlanggar Babi Tunggal melintas jalan. Nasib baik mengalami kerosakan kecil saja kenderaan.
Starting point berada di Kampung Bukit Semanggol dan hanya bersebelahan Masjid An-Nur.
 |
Anda Boleh parking kereta di perkarangan Masjid Annur. |
Bersebelahan Masjid terdapat kawasan kebun kelapa sawit yg merupakan starting point untuk ke kaki gunung semanggol. kami melalui kawasan kebun kelapa sawit untuk ke puncak. kami mula mendaki pada pukul 4.40 pagi dalam misi untuk menyaksikan matahari terbit dari puncak Gunung Semanggol.
Di bawah ni ada beberapa photo laluan ke puncak. Untuk ke puncak 75% adalah mencanak. bagi saya sangat memenatkan setelah lama beradu Hiking ni. beberapa kali terpaksa berhenti. nasib baik kawan2 setia menunggu.
 |
Permulaan trek disambut oleh seekor lembu
yang ditambat kat situ. |
 |
Laluan pertama ke puncak agak landai
melalui kawasan kebun kelapa sawit |
 |
laluan yang agak mencanak. memerlukan kekuatan mental dan fizikal. |
Pada pukul 6.00 pagi saya dan kawan sampai ke puncak. Nah! pemandangan waktu subuh dari atas puncak dapat menghilangkan semua lelah. Keseluruhan puncak diliputi pokok paku pakis. anda boleh solat subuh berjemaah diatas puncak kerana terdapat sedikit kawasan lapang di bahagian atas.
Bagi yang mendaki di waktu siang, dinasihat membawa payung kerana bahagian puncak hanya dipenuhi pokok paku pakis yang renek dan tiada kawasan yang teduh.
Gambar dibawah menunjukkan pemandangan diatas puncak.
 |
DIY Monopod |
 |
Pemandangan Indah dari puncak |
 |
Kelihatan matahari terbit dari Bukit Larut |
Setelah puas menikmati keindahan alam dan sesi bergambar. Tepat pukul 8.15 pagi kami mula turun dari puncak untuk mengelak panas terik matahari.. Pada pukul 9.00 pagi sampai di perkarangan masji An Nur (Starting point).
Sekian ini sahaja yang saya dapat kongsikan pengalaman kali ni. Yang sedih tak dapat awan karpet. huhuhu.
With Love..