Monday, February 27, 2017
Khasiat Buah Bidara
Hi..
Assalamualaikum semua..
Sejak kebelakangan ni Buah bidara ni dah jadi Viral. Saya pun pelik kenapa tidak dari dulu sebab semua tahu pasal daun bidara yang digunakan untuk mandi jenazah. Bauh Bidara pula seolah dipandang sepi.
Cuma kebelakangan ni banyak pula post pasal buah bidara ni muncul. ada yang menjual dengan harga RM18 sekilo. Saya pun teringin nak cuba makan buah ni. Bagaimana rasa dia.. masam ka... manis kaaa... pahit ka...
Saya agak bertuah sbab kebetulan dekat pasar malam berhampiran rumah ada jual buah ni dengan harga RM12 sekilo. Agak murah daripada yg di jual dalam facebook tu. Saya hanya beli 1/2 kilo ja mula tu.
Rasa Buah bidara ni sebijik macam buah epal hijau tu. Cuma ada beza rasanya tak masam langsung. Manis dan rangup tapi agak berlendir sikit. Masa beli tu tanya jugak kat penjual buah... buah ni sama ka dengan yg daunnya buat mandi jenazah tu. ha.. rupanya sama. Dari segi saiz buahnya nya sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan buah epal.
Sambil makan tu gugel la serba sikit pasal buah ni.. Apa khasiatnya.. Terbeliak mata Mak rupanya bnyak jugak khasiat buah ni..
Buah bidara ni Mempunyai nilai nutrisi yang tinggi iaitu vitamin C, corotene, Vitamin kompleks, magnesium, iiron,pottasium, anti-oksidan bioflavonoids. Ada juga beberapa bahan aktif dalam buah Bidara yang menunjukkan ciri ati kanser. sifat buah Bidara sederhana tidak panas atau sejuk untuk badan kita. Dapat mengeluarkan tenaga daripada makanan. buah bidara juga dapat melindungi hati daripada kerosakan oleh bahan kimia.
Ha kalu nak senaraikan kebaiikan buah bidara ni memamg terlalu banyak. Mula dari daun, Bunga, akar, Buah semuanya ada khasia dan kegunaan.
Boleh juga refer dekat blog ni ttg info Bidara ni secara lengkap.
http://herbadanpemakanan.blogspot.my/search?q=buah+bidara
Sunday, January 29, 2017
MANFAAT BIJI KURMA
11 Manfaat Biji Kurma Bagi Kesihatan Tubuh Manusia
Kurma merupakan salah satu jenis buah-buahan yang boleh bertahan dalam suhu panas dan berpasir, seperti di beberapa Negara Timur Tengah sana. Kita sering akan menjumpai kurma pada musim Ramadhan. Sebab kurma menjadi salah satu makanan favorite Rosulullah kala berbuka. Buah ini juga cukup banyak di bahas di Al-Quran mengenai nilai ekonomis yang hampir semua bagian kurma boleh di gunakan. Seperti pada sari kurma, manfaat sari kurma ini dapat menjadi sumber gizi dan vitamin bagi ibu hamil. Kandungan dalam sari kurma boleh mencegah berbagai penyakit pada tubuh.
Biji kurma yang biasa anda buang itulah yang akan membawa manfaat lain untuk anda.
Biji kurma yang biasa anda buang itulah yang akan membawa manfaat lain untuk anda.
Bagaimana?
1) Pengganti Biji Kopi
Seperti yang diketahui, kopi memiliki berbagai khasiat bagi tubuh. Manfaat kopi yang dapat menambah stamina dan kesegaran mulut ini banyak disukai oleh banyak orang. Setiap jenis kopi tentunya memiliki keunggulan masing-masing
Seperti yang diketahui, kopi memiliki berbagai khasiat bagi tubuh. Manfaat kopi yang dapat menambah stamina dan kesegaran mulut ini banyak disukai oleh banyak orang. Setiap jenis kopi tentunya memiliki keunggulan masing-masing
Bijih kurma yang sudah berubah menjadi serbuk kopi tersebut mengandung zat gula. Adanya kandungan ini akan membantu memulihkan tenaga kita. Sesuai di minum bila-bila masa
2. Melembutkan Daging
Memasak daging yang menjadi masalah besar apabila untuk melembutkan daging. Jangan risau, sebab menggunakan biji kurma yang sudah lembut ini bisa membantu melunakkan daging alot anda. Bisa dengan mencampurkannya bersama bumbu masakan saat sedang dimasak. Hal ini tidak akan mengganggu cita rasa masakan yang sebenarnya.
3. Di gunakan Sebagai Lulur
Biji kurma yang sudah di lembutkan tadi juga bisa di gunakan sebagai lulur. Pakailah beberapa kali untuk mendapatkan kulit yang halus dan cantik. Jangan lupa untuk mencampurkan dengan minyak zaitun dan madu terlebih dahulu.
4. Membantu Mengatasi Kebotakan
Anda merasa kurang percaya diri karena masalah rambut anda yang semakin lama kian menghilang? Coba pakailah ramuan bijih kurma yang sudah di haluskan ini. Cukup dengan mencampurkannya bersama minyak zaitun, akan membantu menyelesaikan masalah kebotakan yang meresahkan anda.
5. Menguatkan Tulang dan Gigi
Kandungan dalam kurma terdapat kalisum yang membantu anda untuk menjaga dan menguatkan tulang serta gigi. Hal ini bisa di lakukan pencegahan dari penyakit osteoporosis sejak muda. Dengan kekuatan tulang dan tetap menjaga masanya tentu akan mengurangi resiko anda terkena osteoporosis.
6. Melancarkan Pencernaan
Kurma bisa membantu anda untuk melancarkan pencernaan. Kandungan serat yang cukup tinggi sama khasiatnya ketika anda mengonsumsi oatmeal. Caranya cukup mudah, yaitu cukup erendam kurma di dalam air matang selama satu malam. Keesokan harinya, minum air bekas rendaman itu. Hal ini adalah termasuk salah satu cara mudah untuk mengatasi sembelit.
7. Merawat Mata
Kandungan lainya yang cukup berpengaruh bagi kesehatan adalah vitamin A. zat ini sangat baik untuk menjaga dan merawat mata anda agar tetap sehat. Cocok untuk anda yang sering mengalami gejala mata lelah dan bayangan yang tiba tiba kabur. Selain itu banyak buah-buahan lainnya yang dipercaya menyehatkan mata agar penglihatan tetap sempurna dan mata sehat. Seperti yang terdapat pada manfaat buah naga, manfaat labu kuning, dan manfaat wortel.
8. Cocok untuk Penderita Anemia
Buah kurma memang sangat banyak nutrisinya, salah satunya adalah zat besi. Kandungan ini akan sangat membantu dalam memproduksi sel darah merah atau eritrosit. Itulah mengapa penderita anemia di sarankan untuk mengonsumsi buah ini. Tidak hanya itu, manfaat sari kurma juga baik untuk menyembuhkan penyakit anemia. Maka dari itu, kurma sangat bagus untuk kesehatan.
9. Mengurangi Resiko Jantung Koroner
Jantung koroner menjadi salah satu masalah terbesar saat ini yang mengincar banyak orang. Penyakit yang menyerang sistem mardiovaskuler sangat rentan akan kejadian fatal. Ia juga sangat mudah untuk naik dan sampai pada titik kulminasi fatal. Itulah mengapa anda sangat di wanti wanti menjaga kesehatan jantung dari awal. Salah satunya adalah dengan konsumsi kurma yang mengandung kalium. Zat ini sangat baik dalam mengendalikan denyut jantung untuk tetap dalam irama normal.
10. Membantu Mempercepat Pembekuan Darah
Pembekuan darah sangat di butuhkan ketika ada bagian tubuh anda yang luka. Semakin baik sistem pembekuan darah anda, maka semakin baik pula proses penyembuhan luka. Ketika terjadi luka, maka fibrinogen akan mengeluarkan jarring jarring fibrin yang membantu untuk menutup luka. Lalu sistem pembekan darah akan membekukan darah agar tidak keluar lebih banyak. Karena terkena udara dan oksigen, membuat darah beku menjadi keropeng.
11. Meningkatkan Responsivitas
Kurma akan membantu anda untuk merespon segala sesuatu lebih cepat. Hal ini karena ada kandungan kalium yang membantu menyehatkan sistem syaraf. Kondisi syaraf yang semakin baik juga membuat anda merespon lebih cepat. Namun juga tidak lupa dengan mengkonsumsi makanan dan minuman yang baik untuk menunjang kesehatan dalam tubuh, seperti pada manfaat minuman sehat atau manfaat infused water dengan berbagai macam jenis sesuai keinginan.
Sumber : FB Daseed Serbuk biji Kurma
![]() |
| Biji Kurma yang diproses di jadikan serbuk untuk membuat minuman. |
Rupa Macam Kopi
Bau Macam Kopi
Rasa Pun Macam kopi
Tapi bau pun Macam kopi
Dapatkan Serbuk biji Kurma dengan menghubungi/Whatsaap kami di talian 011-32773000/ 019-5416142 (Whatsaap only)
Thursday, December 29, 2016
TERAPI RENDAMAN KAKI BUANG ANGIN
Haiiiii semua.....
Assalamualaikum w.b.t.. harap semua yang membaca blog saya ni sihat2 semua.
Selalu blog ni bercerita pasal hiking ja. Tapi kali ni saya nak kongsi satu kaedah untuk buang angin dalam badan.
Dah lama saya dengar pasal Rendaman kaki formula Dr Rais tapi tak pernah cuba pun. Biasala jenis susah nak hadam kan macam saya.
Saya ambil langkah pertama nak cuba sbb saya ada masalah sakit pinggang masa tidur. mungkin masa hiking saya bawa beg berat dan tak kena gaya kot...
jadi saya pun cuba la.. hmmm takdala rasa apa2 perubahan. tapi...ada tapi.. malam esoknya saya tidur ngan selesa.. tak payah dah nak tidur dalam keadaan merekot lagi.
Itu pengalaman saya sendiri la.. Pengalaman org lain beza2.. ada yg sendawa tak henti2 masa rendam tu.. kesian tengok. Apa pun.. Terapi ni memang best.
Setakat ni HQ utk terapi ni ada kat Terengganu. more info blh lawat FB DrRas Raid dan Reachnet untuk cawangannya di pulau Pinang.
itu sahaja untuk hari ni.. nnt kita kongsi lagi info yg best tak sudah ni..
![]() |
| Ramai yg serbu nak rendam kaki ni.. best kata depa... Hilang stress |
Monday, December 19, 2016
Mendaki Gunung Semanggol, Perak
Assalamualaikum... Ha lamanya tak update blog ni. Dah nampak bersawang. kali ni saya nak cerita sikit pasal pengalaman mendaki Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Negeri Perak. Gunung Semanggol terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol dan ketinggiannya adalah 390m sahaja.
Sesungguhnya pemandangan di atas Gunung Semanggol adalah menakjubkan yang meliputi 360 darjah. Dari puncak anda boleh melihat Bukit Merah laketown, Bukit Larut, dan pemandangan sawah padi terbentang luas.
| Boleh google map Masjid An-nur. Nampak tak Puncak G. Semanggol yang comel tu. Hijau jeeeerrr. |
kami bergerak dari hentian RNR Juru lebih kurang Pukul 3.30 pagi. Melalui Highway dan exit tol Bukit Merah. Lebih Kurang pukul 4.30 pagi sampai di starting point iaitu di Masjid An-Nur kampung Bukit Semanggol. Sebelum tu selepas exit tol tu kita kami akan melalui jalan kampung dan banyak binatang liar yang akan melintas tanpa menoleh kiri dan kanan.
Dinasihatkan rakan2 yang menggunakan jalan tu agar berhati2 kerana salah seorang rakan dah mengalami situasi terlanggar Babi Tunggal melintas jalan. Nasib baik mengalami kerosakan kecil saja kenderaan.
Starting point berada di Kampung Bukit Semanggol dan hanya bersebelahan Masjid An-Nur.
![]() |
| Anda Boleh parking kereta di perkarangan Masjid Annur. |
Di bawah ni ada beberapa photo laluan ke puncak. Untuk ke puncak 75% adalah mencanak. bagi saya sangat memenatkan setelah lama beradu Hiking ni. beberapa kali terpaksa berhenti. nasib baik kawan2 setia menunggu.
![]() |
| Permulaan trek disambut oleh seekor lembu yang ditambat kat situ. |
![]() |
| Laluan pertama ke puncak agak landai melalui kawasan kebun kelapa sawit |
![]() |
![]() |
| laluan yang agak mencanak. memerlukan kekuatan mental dan fizikal. |
Pada pukul 6.00 pagi saya dan kawan sampai ke puncak. Nah! pemandangan waktu subuh dari atas puncak dapat menghilangkan semua lelah. Keseluruhan puncak diliputi pokok paku pakis. anda boleh solat subuh berjemaah diatas puncak kerana terdapat sedikit kawasan lapang di bahagian atas.
Bagi yang mendaki di waktu siang, dinasihat membawa payung kerana bahagian puncak hanya dipenuhi pokok paku pakis yang renek dan tiada kawasan yang teduh.
Gambar dibawah menunjukkan pemandangan diatas puncak.
![]() |
| DIY Monopod |
![]() |
![]() |
| Pemandangan Indah dari puncak |
![]() |
| Kelihatan matahari terbit dari Bukit Larut |
Setelah puas menikmati keindahan alam dan sesi bergambar. Tepat pukul 8.15 pagi kami mula turun dari puncak untuk mengelak panas terik matahari.. Pada pukul 9.00 pagi sampai di perkarangan masji An Nur (Starting point).
Sekian ini sahaja yang saya dapat kongsikan pengalaman kali ni. Yang sedih tak dapat awan karpet. huhuhu.
With Love..
Wednesday, May 4, 2016
Menawan Pintu Wang Gunung
Assalamualaikum n selamat datang...
haaa lamanya tak cuci blog ni. dah bersawang banyak gamaknya.
kali ni ni penulis nak bercerita trip pergi ke Pintu Wang Gunung pada 2 may 2016. Kenapa Pintu? kenapa tak Puncak? yerrr sebabnya trek ke puncak belum dibuka. dalam Proses lagi. trip ni cikgu Hairil n Team dari I Hikers Perlis yang create.
Kami seramai 10 org bergerak dari Penang (Bandar Perda) seawal 5 pagi dengan van. Singgah di R&R Gurun untuk Solat & Sarapan Pagi. Teruskan perjalanan ke Sungai batu Pahat Perlis. Tiba di lokasi untuk berkumpul (Gerai Opposite Taman Ular) pada pukul 8.29 pagi.
Rupanya kami team terakhir sampai kat situ. dah ramai yang menunggu siap dah warming up dah pun. kami masih terkontang kanting nak siapkan diri. cari toilet la.. bungkus nasik la... bla bla bla.
Semua dah ok gerak ke starting point. tak jauh dari situ slepas golf club. 8.55 bergerak ke first check point kira 260mtr. kira 81 peserta yang joint trip ni. Ramainyaaa dan meriah la trek baq hang.
![]() |
| Ini starting trek dari jalan besar. Masa ni dok lenggang mak Jemah Lagi. Boleh gelak2 kukik kukik lagi... |
Secara rasminya kami mula mendaki pada pukul 9.30 mula mendaki. pada permulaan treknya sekejap canak sekejap landai. masih ok lagi la.. masih boleh potong memotong la antara satu sama lain, senyum2, sakat2, lirik2 mata .. hahaha ada ker... mata mula melilau kot ada jodoh ka kat situ hahaha.
![]() |
| Bacaan Doa Untuk memohon kepadaNya Memudahkan semua urusan oleh cikgu Hairil |
Pendakian untuk stage ketiga ni akan melalui sepanjang permatang. Trek ni agak 'Membunuh'. batu batu tajam sentiasa mengiringi dan menghiasi sepanjang Trek. Jadi.. Glove sangat lah penting di kala in. Sepanjang pendakian kita akan jumpa batu sempadan Malaysia & Thailand. kira kita sat p malaysia sat kona p Thailand la konon. Acah2 travel p oversea la kan. bagi part yg susah jangan risau blh gunakan tali yang sedia ada. Pendakian memakan masa 2 jam bagi yang laju dan 3 jam bagi yang slow.
![]() |
| Batu sempadan Malaysia Thailand |
![]() |
| View dari Pintu Wang Gunung. |
![]() |
| Pintu Wang gunung ddengan ketinggian 499M above the sea. |
Kat atas tu.. mula la 3 ninja beraksi dengan kan batik yang dibawa. Dah bergambar puas baru la blh turun sbb masih ramai lagi kat bawah tunggu turn nak naik atas untuk bergambar kat Pintu Wang Gunung tu.
![]() |
| haaa.. macam biasa kali ni geng ni buat hal pulak kat Wang Gunung. |
Banyak kenangan yg dapat dikutip sepanjang trip ni. dapat kawan baru, jumpa kawan lama, jumpa kawan yang konon2 cam dejavu gituuu... haha. (Dok pikiaq sampai ke sudah mana penah jumpa hamba Allah ni).
Walaubagaimanapun Terima kasih kepada semua team I Hikers perlis sebab sudi jemput kami utk join trip kali ni. Paling best part sampai ja kat bawah dah terhidang Air dan kuih muih lagi.
Sekian
Thursday, December 3, 2015
Sepak Tunggul
Ilham pertama yang muncul.. apakah nama yang sesuai untuk blog ni... 3 minutes later.. yeahhh Sepak Tunggul. Tapi kenapa? Hobi saya suka hiking dan tentulah sepak tunggul tu adalah pekara yang kerap terjadi semasa hiking or trekking. Sakit? dah tentulah.. bahagian mana? ibu jari? anak jari? semua ada.. itu semua Asam Garam.
Tunggul yang macam mana? Tentulah tunggul kecik...sebab kalau yang besar tapi tersepak juga tak tahu la nak cakap apa kan..Sebab tu lah adalah penting untuk pakai kasut yang bersesuaian bila nak melakukan sesuatu aktiviti.
ni la entry pertama saya untuk berjinak2 dengan dunia Blog ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























