Monday, February 27, 2017

Khasiat Buah Bidara




Hi..
Assalamualaikum semua..

Sejak kebelakangan ni Buah bidara ni dah jadi Viral. Saya pun pelik kenapa tidak dari dulu sebab semua tahu pasal daun bidara yang digunakan untuk mandi jenazah. Bauh Bidara pula seolah dipandang sepi.

        Cuma kebelakangan ni banyak pula post pasal buah bidara ni muncul. ada yang menjual dengan harga RM18 sekilo. Saya pun teringin nak cuba makan buah ni. Bagaimana rasa dia.. masam ka... manis kaaa... pahit ka...

        Saya agak bertuah sbab kebetulan dekat pasar malam berhampiran rumah ada jual buah ni dengan harga RM12 sekilo. Agak murah daripada yg di jual dalam facebook tu. Saya hanya beli 1/2 kilo ja mula tu.


      Rasa Buah bidara ni sebijik macam buah epal hijau tu. Cuma ada beza rasanya tak masam langsung. Manis dan rangup tapi agak berlendir sikit. Masa beli tu tanya jugak kat penjual buah... buah ni sama ka dengan yg daunnya buat mandi jenazah tu. ha.. rupanya sama. Dari segi saiz buahnya nya sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan buah epal.

      Sambil makan tu gugel la serba sikit pasal buah ni.. Apa khasiatnya.. Terbeliak mata Mak rupanya bnyak jugak khasiat buah ni..

       Buah bidara ni Mempunyai nilai nutrisi yang tinggi iaitu vitamin C, corotene, Vitamin kompleks, magnesium, iiron,pottasium, anti-oksidan bioflavonoids. Ada juga beberapa bahan aktif dalam buah Bidara yang menunjukkan ciri ati kanser. sifat buah Bidara sederhana tidak panas atau sejuk untuk badan kita. Dapat mengeluarkan tenaga daripada makanan. buah bidara juga dapat melindungi hati daripada kerosakan oleh bahan kimia.

  Ha kalu nak senaraikan kebaiikan buah bidara ni memamg terlalu banyak. Mula dari daun, Bunga, akar, Buah semuanya ada khasia dan kegunaan.

Boleh juga refer dekat blog ni ttg info Bidara ni secara lengkap.
 http://herbadanpemakanan.blogspot.my/search?q=buah+bidara

Comments System

Disqus Shortname