Thursday, December 29, 2016

TERAPI RENDAMAN KAKI BUANG ANGIN


Haiiiii semua.....
Assalamualaikum w.b.t.. harap semua yang membaca blog saya ni sihat2 semua.

Selalu blog ni bercerita pasal hiking ja. Tapi kali ni saya nak kongsi satu kaedah untuk buang angin dalam badan.

Dah lama saya dengar pasal Rendaman kaki formula Dr Rais tapi tak pernah cuba pun. Biasala jenis susah nak hadam kan macam saya.

Saya ambil langkah pertama nak cuba sbb saya ada masalah sakit pinggang masa tidur. mungkin masa hiking saya bawa beg berat dan tak kena gaya kot...
jadi saya pun cuba la.. hmmm takdala rasa apa2 perubahan. tapi...ada tapi.. malam esoknya saya tidur ngan selesa.. tak payah dah nak tidur dalam keadaan merekot lagi.

Itu pengalaman saya sendiri la.. Pengalaman org lain beza2.. ada yg sendawa tak henti2 masa rendam tu.. kesian tengok. Apa pun.. Terapi ni memang best.

Setakat ni HQ utk terapi ni ada kat Terengganu. more info blh lawat FB DrRas Raid dan Reachnet untuk cawangannya di pulau Pinang.

itu sahaja untuk hari ni.. nnt kita kongsi lagi info yg best tak sudah ni..

Ramai yg serbu nak rendam kaki ni.. best kata depa... Hilang stress

Monday, December 19, 2016

Mendaki Gunung Semanggol, Perak




Assalamualaikum... Ha lamanya tak update blog ni. Dah nampak bersawang. kali ni saya nak cerita sikit pasal pengalaman mendaki Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Negeri Perak. Gunung Semanggol terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol dan ketinggiannya adalah 390m sahaja.

      Sesungguhnya pemandangan di atas Gunung Semanggol adalah menakjubkan yang meliputi 360 darjah. Dari puncak anda boleh melihat Bukit Merah laketown, Bukit Larut, dan pemandangan sawah padi terbentang luas.



Boleh google map Masjid An-nur. Nampak tak Puncak G. Semanggol yang comel tu. Hijau jeeeerrr.

           kami bergerak dari  hentian RNR Juru lebih kurang Pukul 3.30 pagi. Melalui Highway dan exit tol Bukit Merah. Lebih Kurang pukul 4.30 pagi sampai di starting point iaitu di Masjid An-Nur kampung Bukit Semanggol. Sebelum tu selepas exit tol tu kita kami akan melalui jalan kampung dan banyak binatang liar yang akan melintas tanpa menoleh kiri dan kanan. 
           Dinasihatkan rakan2 yang menggunakan jalan tu agar berhati2 kerana salah seorang rakan dah mengalami situasi terlanggar Babi Tunggal melintas jalan. Nasib baik mengalami kerosakan kecil saja kenderaan.

Starting point berada di Kampung Bukit Semanggol dan hanya bersebelahan Masjid An-Nur. 





Anda Boleh parking kereta di perkarangan Masjid Annur.
Bersebelahan Masjid terdapat kawasan kebun kelapa sawit yg merupakan starting point untuk ke kaki gunung semanggol. kami melalui kawasan kebun kelapa sawit untuk ke puncak. kami mula mendaki pada pukul 4.40 pagi dalam misi untuk menyaksikan matahari terbit dari puncak Gunung Semanggol.

       Di bawah ni ada beberapa photo laluan ke puncak. Untuk ke puncak 75% adalah mencanak. bagi saya sangat memenatkan setelah lama beradu Hiking ni. beberapa kali terpaksa berhenti. nasib baik kawan2 setia menunggu. 


Permulaan trek disambut oleh seekor lembu 
yang ditambat kat situ.

Laluan pertama ke puncak agak landai
 melalui kawasan kebun kelapa sawit



laluan yang agak mencanak. memerlukan kekuatan mental dan fizikal.




       

Pada pukul 6.00 pagi saya dan kawan sampai ke puncak. Nah! pemandangan waktu subuh dari atas puncak dapat menghilangkan semua lelah. Keseluruhan puncak diliputi pokok paku pakis. anda boleh solat subuh berjemaah diatas puncak kerana terdapat sedikit kawasan lapang di bahagian atas.


Bagi yang mendaki di waktu siang, dinasihat membawa payung kerana bahagian puncak hanya dipenuhi pokok paku pakis yang renek dan tiada kawasan yang teduh.


Gambar dibawah menunjukkan pemandangan diatas puncak.




DIY Monopod



Pemandangan Indah dari puncak


Kelihatan matahari terbit dari Bukit Larut

     Setelah puas menikmati keindahan alam dan sesi bergambar. Tepat pukul 8.15 pagi kami mula turun dari puncak untuk mengelak panas terik matahari.. Pada pukul 9.00 pagi sampai di perkarangan masji An Nur (Starting point).


     Sekian ini sahaja yang saya dapat kongsikan pengalaman kali ni. Yang sedih tak dapat awan karpet. huhuhu.

With Love..   

Comments System

Disqus Shortname