Monday, November 19, 2018

Mendaki Di Maragang Hill, Kundasang, Sabah





Assalamualaikum semua...☺❤

Hai..bertemu lagi kita di ruangan Sepaktunggul ni. Entry kali ni saya nak bawak anda semua merasai pengalaman mendaki ke Bukit Maragang yang berketinggian 2232M dari aras laut. Trek ke Maragang Hill ni dibuka pada 16 september 2017 oleh komuniti setempat di situ dan diuruskan oleh Mevoc Kg Mesilou, kundasang. Perkataan maragang itu diambil sempena nama Lotong Merah yang hanya terdapat di kawasan Borneo. haiwan ini sukar di temui kerana sifat tidak mesranya dgn persekitaran. Pada asalnya trek ini di buka untuk komuniti setempat beriadah. bagaimanapun ia menjadi begitu popular sehingga ke semenanjung dek kerana keindahannya. 


Maragang Hill View


       Trip ke Sabah pada 12 - 15 November 2018 baru2 ni telah berlaku penderhakaan besar saya kepada itinerary yang saya buat sendiri sebelum bertolak dek kerana Maragang Hill ni. Bila sampai di Kundasang ni..hati saya dah berbolak balik sama ada nak ikut iti atau nak habiskan masa untuk mendaki Maragang ni. Pada malam pertama sampai kekundasang, saya di tawarkan untuk join satu grup org tempatan untuk memburu sunrise di Maragang Hill. Pendakian akan di mulakan pada pukul 3 pagi. Memandangkan saya tidak membawa kelengkapan yang cukup seperti headlamp dang juga agak keletihan kerana baru sampai ke kundasang jadi saya batalkan niat untuk mendaki pada awal pagi itu.


      Bagaimanapun keesokkan awal pagi jam 7 pagi saya membuat keputusan untuk pergi mendaki. Oleh sebab saya keseorangan sahaja, saya ambil keputusan dengan memujuk anak teruna saya berumur 9 tahun untuk menemani saya. Pelbagai rayuan sehingga beluai mengalah dan bersetuju untuk turut mendaki pagi tu. Saya menginap di Homestay Alphine De Bayu, Kg Mesilou. Jaraknya hanya 3 minit sahaja menaiki kereta ke Ofis Mavoc.



Office Mevoc untuk urusan pendaftaran. Untuk kesini boleh ja google map maragang hill Office, Terus sampai.


      Tepat Jam 7 pagi saya membeli sarapan di hadapan Ofis Mevoc dan teruskan pendaftaran untuk pendakian ini. Di bawah ni saya sediakan sedikit maklumat Pakej yang saya dapat dari pihak Mavoc iaitu En Ikhwan.


MARAGANG HILL KG MESILOU, KUNDASANG ,RANAU,SABAH.

Rate baru bermula bulan Nov 2018
Maragang Hill Pakej 

Normal trail 4km [ 3 - 4 jam ]
Naik dan turun di laluan yang sama

Bayaran untuk setiap pendaki :-
1. Yuran konservasi
      RM : 10.00 seorang
2. Bayaran guide [ 1 - 5 orang ]
      RM: 70.00
       Bahagi 5 orang
       RM14.00 seorang
3. Bayaran  pengangkutan 
RM 30.00 bahagi 5 orang
Rm6.00 seorang.  
Bayaran untuk setiap pendaki ialah
10 +14 + 6 = Rm30.00 seorang


Loop trail 4.3km [ 4 - 5 jam ]
Naik di laluan normal turun di laluan lain

1. Yuran konservasi
      RM : 10.00 seorang
2. Bayaran guide [ 1 - 5 orang ]
      RM: 100.00
       Bahagi 5 orang
       Rm 20.00 seorang
3. Bayaran pengangkutan 
RM 40.00 ÷ 5 orang
Rm 8.00 seorang 
Bayaran untuk setiap pendaki adalah
10 + 20 + 8 = Rm : 38.00

Sijil Rm5 seorang

Pengangkutan
~ Kenderaan dari pejabat MEVOC KG Mesilou ke starting point dan ambil balik semula dari ending point ke pejabat MEVOC.
~ Kenderaan pendaki boleh  diparkir di kawasan pendaftaran.
~ Kenderaan pendaki tidak disarankan dibawa ke starting point atas sebab keselamatan..

Perbezaan Normal trail dan Looptrail
Normal trail 4km - Naik dan turun di laluan yang sama
Loop trail  4.3km  - Naik di laluan normal dan turun 


Internery Maragang Hill 
Day trip

Via Normal trail & looptrail

0530 - 0600  - ketibaan para pendaki & pendaftaran pendaki serta berjumpa guide

0615 - 0630  - Sesi suai kenal dan bertolak ke starting point

0630 - 0640  - taklimat keselamatan para pendaki

0640 - 0650   - memulakan aktiviti pendakian ke puncak Maragang hill

0830 - 0900   - Tiba puncak Maragang Hill

0900 - 1000    - sesi bergambar , rehat dan makan 

1000 - 1030    - mula turun ke ending point Maregesu / Tudan 

1200 - 1300     - pendaki tiba di CP ending point maragesu/Tudan

1300 - 1330    - pendaki balik pejabat MEVOC ,penerimaan sijil dan aktiviti selesai.

TAHNIAH...

~ Keperluan yang perlu dibawa 

1. Pakaian yang sesuai dan selesa 
2. Makanan dan air yang cukup 
3. Baju hujan
4. Tongkat/working stick jika perlu
5. Ubat-ubatan jika mempunyai masalah kesihatan

Sila bagi senarai nama pendaki,no. Ic dan tarikh mendaki


Bayaran boleh dibuat pada hari pendakian sewaktu mendaftar di pejabat MEVOC Kg .Mesilou Kundasang


       Saya membuat keputusan untuk memilih pakej normal. Selesai pendaftaran dan membuat pembayaran, kami dibawa menaiki powil untuk ke starting point lebih kurang 7 minit dari ofis pendaftaran. Ditemani oleh seorang guide yang bertanggungjawab ialah guide Izzudin Jasirin atau panggilan mesra J. Sebelum memulakan pendakian kami berdua di beri sedikit taklimat.


Starting point



Sesi Taklimat oleh guide J yang bertanggungjawab.

          Trek Maragang ini adalah di kategori sangat santai. Jarak pendakian hanya 4KM (pergi/balik). Tepat pukul 7.40 kami mula mendaki. 500M yang pertama ada trek yang bertar. Habis sahaja trek yang bertar terdapat toilet yang disediakan dengan bayaran 50sen. Disini sangat digalakkan membuang sisa toksik anda di toilet berbanding di hutan kecuali terdesak la ✌. Selepas itu pendakian akan melalui kawasan kebun2 kecil lebih kurang 300m sahaja. Akhirnya barulah kami melalui kawasan hutan yang berlumut nipis2. treknya agak lembap. mujurlah cuaca baik pagi itu. kalau hujan boleh tahan juga membajak. 














      Pendakian kali ni kami tak ambil masa yang lama untuk berehat. hanya berhenti tarik nafas dan sedut air sahaja seketika. langkah sambil santai sahaja. terknya tidaklah pacak sampai lutut belaga dagu. lebih kurang 45-55 darjah kecuramannya. sesekali ada boleh layan trek yang mendatar di kawasan permatang. kat situ boleh test kaki kalau mau lari..hehe. hati2 takut sepaktunggul plak.

Trek yang landai

      9.05 pagi... Nahhhh sampai puncak. mak aihhhh awan kepoi2.. sejuk.. dan yang pasti nampak puncak kinabalu gah memanding sinis kepada kami yg kerdil kat bawah ni. terdapat pelantar view yang panjang di sini hasil gotong royong komuniti di sini. Tak ada perasaan lain ketika itu selain berpuas hati dan tak ralat naik Maragang ni. Tak sampai 10min kawasan tu mula berubah. kabus mula menyeliputi puncak Maragang. Pandangan mula menjadi terhad.  kami tak ambil masa yang lama. Pukul 9.24 saya ambil keputusan untuk turun. Sebenarnya boleh ja nak lepak lama2 kat atas tu.. sajjjaaa...




Pelantar view sblm kabus


Nampak tak..kabus mula nak take over. masuk shift..haha





sampai ja atas ni awan karpet sambut kami dua beranak.





Nahhh...sekejap ja view dah berubah. nak tgk view lama sila naik awal.



       kami singgah di campsite untuk makan bekalan kami tadi yang jaraknya tak jauh. Nasi lemak sedap bakhang.. terer nau nau org Mesilou buat sambal dia. nasik lemak dia mmg letak dalam plastik siap2. Senang nak letak dalam beg. Sebenarnya terdapat juga pakej untuk pendaki yang berminat bermalam di situ. di bawah ni saya sertakan sedikit info. 

Pakej Camping di Maragang

1-5 orang camping

konsevasi 10×5= RM 50
guide RM 140
poter RM 80 (Optional)
kenderaan RM 40


Total RM 310



Tapak campsite. Dalam proses naiktaraf. 


Berhenti makan di campsite.


Peralatan camping seperti belanga,,cerek semua ada

 
Selesai makan kami mula turun dan saya sampai di ofis Mevoc pada pukul 11.00 pagi. 

       kesimpulannya di sini, trek Maragang ni trek yang sangat santai dan sesuai untuk semua peringkat umur sebab treknya tidaklah terlalu jauh dan terlalu curam. kelebihan mendaki di sini adalah kerana viewnya yang cantik. Itu yang membuat ia mahal dan exclusive. Seeloknya biar sampai ke puncak tu lebih awal kerana kebiasaannya pukul 9 keatas kabus akan meliputi kawasan puncak. Ia juga sesuai untuk pendaki2 yang baru turun Gunung kinabalu untuk buat recovery kat sini. Boleh masukkan dalam iti memasing la kalau yang berminat. Ia juga sesuai untuk orang yang pertama kali nak belajar mendaki. mulakan dengan trek normal. Bagi saya sendiri, ada rezeki saya akan repeat dan kali ni akan cuba loop trail dan juga camping. Dan yang pastinya Terima Kasih kepada guide terbaik yang menjaga kami En J @ Izuddin Jasirin (highly recommended). Boleh booking dia hahaha.


Maragang Hill Guide Mr J @ Izuddin 


   
Bagi yang berminat untuk mendaki di sini boleh hubungi:
Admin Mesilou Volunteers Club (MEVOC)
En Ikhwan : +60 16-280 0959


Selamat Mendaki....✌







13 comments:

  1. Done baca... Heee next plz...
    👌😍

    ReplyDelete
  2. Best bila nak repeat, masukan nama I jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...nak boh nama sapa ni...Oth Man mana ni..habaq mai...

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehee...boleh lawan travelwithani tak?..😆😆😆

      Delete
  4. Sis pergi dgn anak total bayaran brpa..

    ReplyDelete
  5. hello..bole tahu nasi lemak di mesilau tu di mana kena jual?

    ReplyDelete
  6. Seronok baca bnyk info berguna untuk yg berniat utk mendaki Bukit Maragang seperti saya. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  7. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info ini tuan. Tdk sabar utk naik maragang hill

    ReplyDelete

Comments System

Disqus Shortname