Monday, December 19, 2016

Mendaki Gunung Semanggol, Perak




Assalamualaikum... Ha lamanya tak update blog ni. Dah nampak bersawang. kali ni saya nak cerita sikit pasal pengalaman mendaki Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Negeri Perak. Gunung Semanggol terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol dan ketinggiannya adalah 390m sahaja.

      Sesungguhnya pemandangan di atas Gunung Semanggol adalah menakjubkan yang meliputi 360 darjah. Dari puncak anda boleh melihat Bukit Merah laketown, Bukit Larut, dan pemandangan sawah padi terbentang luas.



Boleh google map Masjid An-nur. Nampak tak Puncak G. Semanggol yang comel tu. Hijau jeeeerrr.

           kami bergerak dari  hentian RNR Juru lebih kurang Pukul 3.30 pagi. Melalui Highway dan exit tol Bukit Merah. Lebih Kurang pukul 4.30 pagi sampai di starting point iaitu di Masjid An-Nur kampung Bukit Semanggol. Sebelum tu selepas exit tol tu kita kami akan melalui jalan kampung dan banyak binatang liar yang akan melintas tanpa menoleh kiri dan kanan. 
           Dinasihatkan rakan2 yang menggunakan jalan tu agar berhati2 kerana salah seorang rakan dah mengalami situasi terlanggar Babi Tunggal melintas jalan. Nasib baik mengalami kerosakan kecil saja kenderaan.

Starting point berada di Kampung Bukit Semanggol dan hanya bersebelahan Masjid An-Nur. 





Anda Boleh parking kereta di perkarangan Masjid Annur.
Bersebelahan Masjid terdapat kawasan kebun kelapa sawit yg merupakan starting point untuk ke kaki gunung semanggol. kami melalui kawasan kebun kelapa sawit untuk ke puncak. kami mula mendaki pada pukul 4.40 pagi dalam misi untuk menyaksikan matahari terbit dari puncak Gunung Semanggol.

       Di bawah ni ada beberapa photo laluan ke puncak. Untuk ke puncak 75% adalah mencanak. bagi saya sangat memenatkan setelah lama beradu Hiking ni. beberapa kali terpaksa berhenti. nasib baik kawan2 setia menunggu. 


Permulaan trek disambut oleh seekor lembu 
yang ditambat kat situ.

Laluan pertama ke puncak agak landai
 melalui kawasan kebun kelapa sawit



laluan yang agak mencanak. memerlukan kekuatan mental dan fizikal.




       

Pada pukul 6.00 pagi saya dan kawan sampai ke puncak. Nah! pemandangan waktu subuh dari atas puncak dapat menghilangkan semua lelah. Keseluruhan puncak diliputi pokok paku pakis. anda boleh solat subuh berjemaah diatas puncak kerana terdapat sedikit kawasan lapang di bahagian atas.


Bagi yang mendaki di waktu siang, dinasihat membawa payung kerana bahagian puncak hanya dipenuhi pokok paku pakis yang renek dan tiada kawasan yang teduh.


Gambar dibawah menunjukkan pemandangan diatas puncak.




DIY Monopod



Pemandangan Indah dari puncak


Kelihatan matahari terbit dari Bukit Larut

     Setelah puas menikmati keindahan alam dan sesi bergambar. Tepat pukul 8.15 pagi kami mula turun dari puncak untuk mengelak panas terik matahari.. Pada pukul 9.00 pagi sampai di perkarangan masji An Nur (Starting point).


     Sekian ini sahaja yang saya dapat kongsikan pengalaman kali ni. Yang sedih tak dapat awan karpet. huhuhu.

With Love..   

20 comments:

  1. wah wah....finally!! update pun blog awak ni...naik juling anak mata tiap2 mnggu duk intai2 kot de news story...tahniah2....kipidap..:-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah.. tqtqtqtqtq... silalah jemput datang ke blog saya yang bersawang ni yerrr

      Delete
  2. Salam. Nk tny msjd annur tu dkt mna? Ada specific location?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kerana membaca blog saya yg tak seberapa ni. anda boleh google guna link ni. Harap dapat membantu.

      https://goo.gl/maps/vtgmDmufW3L2

      Delete
  3. Salam hi nak tanya, track nak naik tu brdekatan dengan masjid tu jugak ke? :)

    ReplyDelete
  4. Salam... Hi.. Yer trek Tu dekat ja dengan masjid Tu. Sblh masjid Ada kebun kelapa sawit. Trek lalu celah kebun Tu la.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...nak tanya manjat Gunung Semanggol kne amik guide x? Makaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak perlu guide. Tp nasihat perlu naik ngan org yg penah naik. Nnt kat trek folo ja marking tu. Plastik merah putih yg diikat kt pokok tu. Selamat mendaki. Dapat awan karpet bagi tau nooo... I is jeles nanti.

      Delete
  6. Replies
    1. Saya cadang nak naik Semanggol bulan 4 nanti. So, nak ajak kekawan naik sekali. Minta izin utk share gambar ye tuan blog. 😊

      Delete
    2. Sama2.. boleh2 silakan. tak rugi pergi.. view cantik and good luck utk bln 4 nnt.

      Delete
  7. Perlu permit tak sis utk naik gng semanggol ni? InsyaAllah mgu ni sy nk naik gng semanggol

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf.. baru nampak komen ni.. maaf sekali lagi.. mesti dah sampai kan..

      Delete
  8. klo nk guna waze... search ap ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf baru reply..saya termiss komen ni. harap adik ni dah sampai ke puncak semanggol.

      Delete
  9. naik ke gunung 2 xbahaya ker? pas2 perlukn permit x? atau siapa2 pn leh naik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bahaya setakat ni. tapi perlu sangat berjaga2 sebab kesan2 babi hutan merata rata tempat. tak perlukan permit. dan siap2 pun boleh naik. cuma jaga adab masing2 ja. maklumla kita masuk kampung orang. kalau naik pagi2 tu jangan la bising dan tinggal kan kesan kotoran di masjid ( starting point)

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Salam,.boleh tak guna gambar tuan/puan utk poster sy?

    ReplyDelete
  12. Assalamuaalikum. Ketinggian yg sangat sesuai utk saya yg sloth ni ��. Kena bawak tongkat semambu dgn parang ni in case terserempak dgn cik B ( atau pak belang /kumbang)

    ReplyDelete

Comments System

Disqus Shortname