Monday, November 19, 2018

Mendaki Di Maragang Hill, Kundasang, Sabah





Assalamualaikum semua...☺❤

Hai..bertemu lagi kita di ruangan Sepaktunggul ni. Entry kali ni saya nak bawak anda semua merasai pengalaman mendaki ke Bukit Maragang yang berketinggian 2232M dari aras laut. Trek ke Maragang Hill ni dibuka pada 16 september 2017 oleh komuniti setempat di situ dan diuruskan oleh Mevoc Kg Mesilou, kundasang. Perkataan maragang itu diambil sempena nama Lotong Merah yang hanya terdapat di kawasan Borneo. haiwan ini sukar di temui kerana sifat tidak mesranya dgn persekitaran. Pada asalnya trek ini di buka untuk komuniti setempat beriadah. bagaimanapun ia menjadi begitu popular sehingga ke semenanjung dek kerana keindahannya. 


Maragang Hill View


       Trip ke Sabah pada 12 - 15 November 2018 baru2 ni telah berlaku penderhakaan besar saya kepada itinerary yang saya buat sendiri sebelum bertolak dek kerana Maragang Hill ni. Bila sampai di Kundasang ni..hati saya dah berbolak balik sama ada nak ikut iti atau nak habiskan masa untuk mendaki Maragang ni. Pada malam pertama sampai kekundasang, saya di tawarkan untuk join satu grup org tempatan untuk memburu sunrise di Maragang Hill. Pendakian akan di mulakan pada pukul 3 pagi. Memandangkan saya tidak membawa kelengkapan yang cukup seperti headlamp dang juga agak keletihan kerana baru sampai ke kundasang jadi saya batalkan niat untuk mendaki pada awal pagi itu.


      Bagaimanapun keesokkan awal pagi jam 7 pagi saya membuat keputusan untuk pergi mendaki. Oleh sebab saya keseorangan sahaja, saya ambil keputusan dengan memujuk anak teruna saya berumur 9 tahun untuk menemani saya. Pelbagai rayuan sehingga beluai mengalah dan bersetuju untuk turut mendaki pagi tu. Saya menginap di Homestay Alphine De Bayu, Kg Mesilou. Jaraknya hanya 3 minit sahaja menaiki kereta ke Ofis Mavoc.



Office Mevoc untuk urusan pendaftaran. Untuk kesini boleh ja google map maragang hill Office, Terus sampai.


      Tepat Jam 7 pagi saya membeli sarapan di hadapan Ofis Mevoc dan teruskan pendaftaran untuk pendakian ini. Di bawah ni saya sediakan sedikit maklumat Pakej yang saya dapat dari pihak Mavoc iaitu En Ikhwan.


MARAGANG HILL KG MESILOU, KUNDASANG ,RANAU,SABAH.

Rate baru bermula bulan Nov 2018
Maragang Hill Pakej 

Normal trail 4km [ 3 - 4 jam ]
Naik dan turun di laluan yang sama

Bayaran untuk setiap pendaki :-
1. Yuran konservasi
      RM : 10.00 seorang
2. Bayaran guide [ 1 - 5 orang ]
      RM: 70.00
       Bahagi 5 orang
       RM14.00 seorang
3. Bayaran  pengangkutan 
RM 30.00 bahagi 5 orang
Rm6.00 seorang.  
Bayaran untuk setiap pendaki ialah
10 +14 + 6 = Rm30.00 seorang


Loop trail 4.3km [ 4 - 5 jam ]
Naik di laluan normal turun di laluan lain

1. Yuran konservasi
      RM : 10.00 seorang
2. Bayaran guide [ 1 - 5 orang ]
      RM: 100.00
       Bahagi 5 orang
       Rm 20.00 seorang
3. Bayaran pengangkutan 
RM 40.00 ÷ 5 orang
Rm 8.00 seorang 
Bayaran untuk setiap pendaki adalah
10 + 20 + 8 = Rm : 38.00

Sijil Rm5 seorang

Pengangkutan
~ Kenderaan dari pejabat MEVOC KG Mesilou ke starting point dan ambil balik semula dari ending point ke pejabat MEVOC.
~ Kenderaan pendaki boleh  diparkir di kawasan pendaftaran.
~ Kenderaan pendaki tidak disarankan dibawa ke starting point atas sebab keselamatan..

Perbezaan Normal trail dan Looptrail
Normal trail 4km - Naik dan turun di laluan yang sama
Loop trail  4.3km  - Naik di laluan normal dan turun 


Internery Maragang Hill 
Day trip

Via Normal trail & looptrail

0530 - 0600  - ketibaan para pendaki & pendaftaran pendaki serta berjumpa guide

0615 - 0630  - Sesi suai kenal dan bertolak ke starting point

0630 - 0640  - taklimat keselamatan para pendaki

0640 - 0650   - memulakan aktiviti pendakian ke puncak Maragang hill

0830 - 0900   - Tiba puncak Maragang Hill

0900 - 1000    - sesi bergambar , rehat dan makan 

1000 - 1030    - mula turun ke ending point Maregesu / Tudan 

1200 - 1300     - pendaki tiba di CP ending point maragesu/Tudan

1300 - 1330    - pendaki balik pejabat MEVOC ,penerimaan sijil dan aktiviti selesai.

TAHNIAH...

~ Keperluan yang perlu dibawa 

1. Pakaian yang sesuai dan selesa 
2. Makanan dan air yang cukup 
3. Baju hujan
4. Tongkat/working stick jika perlu
5. Ubat-ubatan jika mempunyai masalah kesihatan

Sila bagi senarai nama pendaki,no. Ic dan tarikh mendaki


Bayaran boleh dibuat pada hari pendakian sewaktu mendaftar di pejabat MEVOC Kg .Mesilou Kundasang


       Saya membuat keputusan untuk memilih pakej normal. Selesai pendaftaran dan membuat pembayaran, kami dibawa menaiki powil untuk ke starting point lebih kurang 7 minit dari ofis pendaftaran. Ditemani oleh seorang guide yang bertanggungjawab ialah guide Izzudin Jasirin atau panggilan mesra J. Sebelum memulakan pendakian kami berdua di beri sedikit taklimat.


Starting point



Sesi Taklimat oleh guide J yang bertanggungjawab.

          Trek Maragang ini adalah di kategori sangat santai. Jarak pendakian hanya 4KM (pergi/balik). Tepat pukul 7.40 kami mula mendaki. 500M yang pertama ada trek yang bertar. Habis sahaja trek yang bertar terdapat toilet yang disediakan dengan bayaran 50sen. Disini sangat digalakkan membuang sisa toksik anda di toilet berbanding di hutan kecuali terdesak la ✌. Selepas itu pendakian akan melalui kawasan kebun2 kecil lebih kurang 300m sahaja. Akhirnya barulah kami melalui kawasan hutan yang berlumut nipis2. treknya agak lembap. mujurlah cuaca baik pagi itu. kalau hujan boleh tahan juga membajak. 














      Pendakian kali ni kami tak ambil masa yang lama untuk berehat. hanya berhenti tarik nafas dan sedut air sahaja seketika. langkah sambil santai sahaja. terknya tidaklah pacak sampai lutut belaga dagu. lebih kurang 45-55 darjah kecuramannya. sesekali ada boleh layan trek yang mendatar di kawasan permatang. kat situ boleh test kaki kalau mau lari..hehe. hati2 takut sepaktunggul plak.

Trek yang landai

      9.05 pagi... Nahhhh sampai puncak. mak aihhhh awan kepoi2.. sejuk.. dan yang pasti nampak puncak kinabalu gah memanding sinis kepada kami yg kerdil kat bawah ni. terdapat pelantar view yang panjang di sini hasil gotong royong komuniti di sini. Tak ada perasaan lain ketika itu selain berpuas hati dan tak ralat naik Maragang ni. Tak sampai 10min kawasan tu mula berubah. kabus mula menyeliputi puncak Maragang. Pandangan mula menjadi terhad.  kami tak ambil masa yang lama. Pukul 9.24 saya ambil keputusan untuk turun. Sebenarnya boleh ja nak lepak lama2 kat atas tu.. sajjjaaa...




Pelantar view sblm kabus


Nampak tak..kabus mula nak take over. masuk shift..haha





sampai ja atas ni awan karpet sambut kami dua beranak.





Nahhh...sekejap ja view dah berubah. nak tgk view lama sila naik awal.



       kami singgah di campsite untuk makan bekalan kami tadi yang jaraknya tak jauh. Nasi lemak sedap bakhang.. terer nau nau org Mesilou buat sambal dia. nasik lemak dia mmg letak dalam plastik siap2. Senang nak letak dalam beg. Sebenarnya terdapat juga pakej untuk pendaki yang berminat bermalam di situ. di bawah ni saya sertakan sedikit info. 

Pakej Camping di Maragang

1-5 orang camping

konsevasi 10×5= RM 50
guide RM 140
poter RM 80 (Optional)
kenderaan RM 40


Total RM 310



Tapak campsite. Dalam proses naiktaraf. 


Berhenti makan di campsite.


Peralatan camping seperti belanga,,cerek semua ada

 
Selesai makan kami mula turun dan saya sampai di ofis Mevoc pada pukul 11.00 pagi. 

       kesimpulannya di sini, trek Maragang ni trek yang sangat santai dan sesuai untuk semua peringkat umur sebab treknya tidaklah terlalu jauh dan terlalu curam. kelebihan mendaki di sini adalah kerana viewnya yang cantik. Itu yang membuat ia mahal dan exclusive. Seeloknya biar sampai ke puncak tu lebih awal kerana kebiasaannya pukul 9 keatas kabus akan meliputi kawasan puncak. Ia juga sesuai untuk pendaki2 yang baru turun Gunung kinabalu untuk buat recovery kat sini. Boleh masukkan dalam iti memasing la kalau yang berminat. Ia juga sesuai untuk orang yang pertama kali nak belajar mendaki. mulakan dengan trek normal. Bagi saya sendiri, ada rezeki saya akan repeat dan kali ni akan cuba loop trail dan juga camping. Dan yang pastinya Terima Kasih kepada guide terbaik yang menjaga kami En J @ Izuddin Jasirin (highly recommended). Boleh booking dia hahaha.


Maragang Hill Guide Mr J @ Izuddin 


   
Bagi yang berminat untuk mendaki di sini boleh hubungi:
Admin Mesilou Volunteers Club (MEVOC)
En Ikhwan : +60 16-280 0959


Selamat Mendaki....✌







Wednesday, October 31, 2018

Ekspedisi Di TRANCECIL


Catatan Peribadi Mendaki Di Transcecil

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur berjumpa lagi kita kat laman yang bersawang ni. Kali ni saya nak kongsi kisah best best ja sepanjang ekspedisi trancecil ni.
Trans ni melibatkan tiga puncak gunung iaitu Gunung Penelope 
(1838M), Gunung Cecil (1768M) dan yang terakhir gunung Swettenham (1961M).

Sedikit gambaran Distance perjalanan Trans ini by Wikiloc
         Kami satu team bergerak dari Penang pada 26/10/18 dan bermalam gitu2 ja di halaman Masjid kampong Raja. Pada Keesokkan harinya selesai solat Subuh kami bergerak ke sekolah keb Kg Raja untuk bersiap sedia. Kami bergerak ke starting point yang terletak di kawasan kebun di kampong raja dengan powil abang Fauzi. Pendakian dimulakan dengan sedikit briefing, panaskan badan dan bacaan doa. Tepat pukul 8.50 kami mula bergerak secara beramai2 ke puncak yang pertama iaitu Puncak Penelope.






Puncak Penelope berketinggian 1838M. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai. Treknya menaik sahaja. Tiada yang landai. Saya sampai ke Penelope pada pukul  10.00. ada juga kawan2 yang sudah sampai awal dekat situ.

Trek starting ke Penelope


Puncak Penelope
           Selesai sesi bergambar., sasaran puncak seterusnya adalah gunung Cecil. Sebenarnya jarak puncak Penelope ke Cecil ni dekat sahaja dan treknya menurun dan menaik serta licin. Kami regroup di kawasan lembah. Masa ni kami boleh gelak kukik kukik lagi. Asal jumpa pokok cantik ja mula la posing. Jalan punya jalan akhirnya kami sampai ke puncak Cecil tepat pukul 11.55. As usual,snap gambaq la buat kenangan. Rupanya kami telah awal 2 jam dari tentative. So di sini kami target untuk camping di kem Swettenham untuk mngelak memikol air company dan juga personal sekiranya kami bermalam di kem border OGKL (seperti dalam tentative).

Puncak Cecil
Mula bergerak dari dar cecil Pukul 12.17 menuju ke Kem Boarder OGKL. Di sini bermulalah pengalaman yang best best tu. Trek best gilak. Menaik dan menurun beberapa kali.. menyusuri lembah. Trek kat sini memang licin. Pendakian memerlukan penggunaan otak 100%. Mana nak pijak, mana nak pegang. Semua di ambil kira. Bagi line up yang duduk belakang munngkin terpaksa menggunakan punggong untuk gelongsor sebab trek dah bersih helokkkkk di sapu orang depan. Salah pijak memang tertomoih. Trek bulat2 katanya..hahaha. ada juga part yang mana seorang kena tarik kita manakala kawan belakang kena tolak. Gara2 nak langkah banir pokok besar tu.

Kami berhenti di satu anak sungai untuk lunch pada pukul 12.50. Rancangan asal nak lunch di simpang X tapi kami dah terlebih masa. Jadi kami mengikut arahan jurupandu untuk lunch dahulu. Oh sebelum tu..masa dok lawan gelongsor tu hujan turun dengan lebat. So bayangkan lahhh licin tu macam mana.


Berhenti lunch di satu anak sungai.

Ni la trek yang boleh jadi bulat2 tu :)



          Selesai lunch mula menapak naik turun naik turun lagi. Regroup di simpang X pukul 3.09. Tapi saya cukup terkesan dengan trek start dat LWP ke kem OGKL tu. Mak aihhhh..licin dan pacak 80% kot. Satu satu atur langkah. Dan akhirnya sampai kem OGKL pukul 4.34pm.  Berehat seketika sambil tunggu kawan2 yang lain.
Dinamakan Kem Boarder sebab terletak di sempadan Pahang Kelantan dan Team OGKL merupakan team yang membuka laluan ni
         Pejalanan dari Kem OGKL ke kem Swettenham berjalan Lancar. Menyelusuri sepadan Pahang Kelantan. Trek yang agak landai dan sekali sekala naik turun juga. Cabaran kami masa tu hujan turun dengan lebat sekali. Memang lencun. Alhamdulillah kami sampai ke kem Swettenham pukul 6 petang. Dekat kem ni ada sumber air. Tapi terpaksa turun cerun jugak la. Dan airnya takda la mewah macam nak berendam ramai2 tu. Cukupla untuk masak dan kegunaan lain. Sampai kem mula salin baju kering sebab sejuk sangat time tu. Lepas hujan kan. Masing2 mula sibuk siapkan hotel mewah masing2. Bagi gogo depa dah ketung ketang memasak. Nah … akhirnya dinner kami nasi tomato. Sedap gilak.. Tengah lapar pulak tu. Kat kem ni takda line tenet okkkk…so xtvt membawang ja la yang boleh buat.

   
Kawasan Kem Swettenham

Menu makan malam kami

            
Group Photo sebelum balik di kem Swettenham.

 Malam tu semua tido awal. Pukul  4 pagi Guide dah gerak. Kawan2!!! Bangun!!! Bangun!!. Kita akan ke puncak Swettenham. So pakat bangun,, Packing apa yang patut2.. Sebelum kepuncak sarapan dulu. Kali ni roti canai sama capati plakkk.. cicah kuah sardine..yummmehhh.. Tepat pukul 6.05 gerak ke puncak yang jaraknya lebih kurang  1.2KM. Tiba di puncak Swettenham pukul 7.30 pagi (28/10/18).



          Akhir sekali Perjalanan untuk pulang pula kami bergerak dari kem pukul 10.30 am dari kem.. perjalanan kali ni memang santai. Bukan melalui jalan yang sama 100%. Tak perlu melalui kem Boarder lagi. Start dari simpang ke Lojing tu agak senang treknya. Leh lari2 anak ayam itik kat situ…hehe. Kalau ada rintangan tu sikit2 ja la. Trek pun bersih. kami regroup untuk lunch juga.
Pukul 1.50pm sampai di kawasan kebun tempat penamatnya trans ini. Dari kebun menapak la lagi ikut tar sampai la ke kedai makan yang berhadapan masjid Lojing. Sekian…..


Halangan terakhir kena turun bukit ni ja. 90 darjah gak la.

Keluar ja dari kawasan hutan..Nahhh di sambut view ni..Amacam?


Terpaksa menapak lagi sampai la ke jalan besar. kata guide dalam 10 minit jalan kaki. Tapi bagi ai...aiyoooo


Terima Kasih Guide Ainol – Boleh hubungi beliau di untuk perkhidmatan kelas pertama beliau di 0175217739
GOGO merangkap orang dapoq  Oya, Sukri kamis dan tanglong yang jaga makan minum kami
Jass omar yang mengumpul jentera2 hebat Trancecil ni
Lineup2/kawan2 yang supportive. Yang mengeroh.. yang asik terpijak katak, yang jadi alarm clock. Yang pendiam, yang loqlaq, yang baik hati. All in one. Sangat complete  each other.
DAN Special thank to HANA AHMAD yang beri peluang untuk ganti beliau ke trip ni. TQ so much. Tanpa peluang ni saya takkan merasai semua ni.

TERIMA KASIH ALLAH.

Comments System

Disqus Shortname